Tuesday, 17 July 2012

refleksi Kecerdasan Emosi ( minggu keempat )

(Part 4)

~ASSALAMUALAIKUM~

                pada 10 Julai 2012 minggu yang lepas, kami tidak mengikuti kelas Kecerdasan Emosi  kerana terdapat kekangan pada hari tersebut.. namun, kami diberi tugasan untuk menyiapkan sebuah tugasan bertajuk elemen-elemen Kecerdasan Emosi..

                melalui bahan bacaan saya, kompetensi Kecerdasan Emosi boleh diklafikasikan kepada dua komponen utama iaitu Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial.. manakala, di bawah kompetensi personal pula ada 2 iaitu, kesedaran emosi kendiri dan pengurusan emosi kendiri.. kesedaran emosi kendiri mempunyai 5 subkomponen iaitu kesedaran Emosi Kendiri, kesedaran Ketepatan Kendiri, keyakinan Kendiri, penghormaan kendiri dan kesejahteraan Kendiri.. manakala subkomponen bagi pengurusan Emosi Kendiri pula adalah kawalan Emosi Kendiri, Keubahsuaian, Kebolehpercayaan, Ketekunan, Inovatif, Optimistik, inisiatif dan Berorientasikan Pencapaian..

                kompetensi Kesedaran Sosial seorang individu boleh dikenalpasti daripada tingkah laku, prestasi dan cirri peribadi individu berdasarkan kompetensi kecerdasan subkomponen-subkompenannya iaitu empati, membangunkan individu lain, kesedaran organisasi, berorientasikan perkhidmatan dan melayani kepelbagaian.. manakala, kompetensi Kemahiran Sosial seorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku prestasi dan ciri peribadinya berdasarkan kompetensi kecerdasan yang subkomponen-subkomponennya seperti kemahiran komunikasi, pengaruh, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, membina hubungan, kepimpinan berinspirasi dan kerja berkolaborasi.. sekian~





 \(^.^)/   noradini binti rosli     \(^.^)/


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.