(part 2)
Pada 26 Jun 2012 yang lepas, PPISMP 3A telah mengikuti kelas matapelajaran
Kecerdasan Emosi ( KE ) yang yang kedua dipimpin oleh Puan Norihah binti
Bachok di kelas B1 KKDRI..
~ASSALAMUALAIKUM~
Baiklah.. sedang mencari-cari maklumat.. ini sedikit sebanyak maklumat yang
berkaitan dengan pengajaran Kecerdasan Emosi pada hari itu.. menurut sumber,
perihal ini sebenarnya telah agak lama dibincangkan sejak dahulu dan dikaji
dari pelbagai skop kajian sama ada dari segi fungsi dan kepentingannya walaupun
tidak secara langsung membicarakan tentang konsep kecerdasan emosi.. emosi turut
dilihat sebagai antara cabang utama dalam domain pendidikan manusia dan ia juga
merupakan suatu pasak yang utuh dalam membolehkan setiap saat manusia lebih
bermakna dengan adanya kelompok variasi perasaan yang menyulam nafas sedih,
gembira, bahagia dan tenang di dalam hati. Emosi berkait rapat dengan insan
yang diciptakan oleh Allah SWT.. pelbagai jenis emosi yang wujud dalam diri
seseorang insan itu sama ada emosi positif mahupun negatif.. perasaan dan emosi
seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan,
membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang
manusia.. perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang
membawa maksud “untuk keluar”.. oleh hal yang demikian, emosi akan ditonjolkan
keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang..
Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang
manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan
psikologi.. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral
iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan,
isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu.. manusia yang
normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai
dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza..
~saya ingin mengimbas kembali peristiwa yang berlaku pada interaksi pertama
kami itu~
..pada permulaan kelas, Puan Norihah merancang untuk membuat sesi perkenalan
semula.. Setelah habis beberapa mukadimah daripada beliau mengenai
matapelajaran ini, kami pun memperkenalkan diri dan memperkenalkan ‘passion’
kami kepada beliau.. waktu itu, saya mula memikirkan.. “apa perkaitannya soalan
tersebut dengan matapelajaran yang sedang kami pelajari ini.??” maka bermulalah
sesi tersebut seorang demi seorang kami berdiri sambil memperkenalkan diri..
ada pelbagai ‘passion’ telah didengari.. namun ada juga ‘passion’ rakan-rakan
saya telah menjadi bahan usikan rakan-rakan yang lain.. biasalah pelajar PPISMP
3A, memang tidak lekang dari gelak tawa dan gurauan.. seorang demi seorang
ditanya, sehinggalah giliran seorang rakan saya bernama Muhd. Quratulikwan..
hari ini baru saya sedari, dia seorang lelaki yang berhati lembut sekali.. saya
terpana seketika apabila dia mengatakan ‘passion’nya adalah ketika berada di
dalam pelukan ibunya.. emosiku semakin tidak tenteram seperti sesuatu bakal
terjadi.. lalu pensyarah bertanya, adakah dia bersedia menghadapi ketiadaan
ibunya nanti.?? Saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sebaknya hati
saya.. emosi saya terganggu.. saya tersentap apabila pensyarah telus bertanya
soalan sedemikian kepadanya.. spontan saya teringat pada ibu dan abah di
Sarawak.. terdetik dalam hati saya akan soalan tersebut.. betapa saya menahan
air mata sejak tadi, namun akhirnya gugur jua.. saya begitu rindukan mereka..
bagaimana rasa pelukan ibu.? Sungguh.. saya jarang mahu dipeluk ibu dan abah..
aku segan mahu bermanja begitu.. alangkah bahagianya jika saya dipeluk ibu dan
abah ketika itu.. air mata gugur sehinggalah saya tenang sendiri.. Allah.. Kau
ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku ya Allah.. berikanlah aku peluang
untuk berbakti pada mereka terlebih dahulu.. sungguh aku sayangkan mereka..
Siapa menduga, itulah pertanyaan terakhir.. pertanyaan terhenti setakat itu..
kini saya sedar, saya telah dewasa.. giliran saya pula mahu membalas jasa kedua
ibu bapa saya.. Alhamdulillah saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
bahagia dan cukup serba serbi bagi saya sendiri.. walaupun kami bukan keluarga
yang berada.. cukuplah sekadar kebahagiaan memenuhi ruang hidup.. saya ingin
belajar bersungguh-sungguh demi mereka dan masa depan saya sendiri.. Amin~
setelah beberapa minit, akhirnya emosi saya kembali seperti sediakala..
Berdasarkan maklumat yang saya dapati tersebut, saya mula memahami sedikit demi
sedikit berkaitan dengan kehendak matapelajaran ini.. emosi sememangnya
memainkan peranan yang amat penting pada diri seseorang.. bagi saya, seorang
guru atau pemimpin harus bijak menangani dan mengawal emosi yang negatif
dalam diri agar semua tugasan berjalan dengan lancar dan orang lain pun senang
hendak bekerjasama.. hal ini demikian kerana seorang guru memang akan berdepan
dengan pelbagai karenah masyarakat setiap hari.. sekian refleksi saya pada
minggu ini..
\(^.^)/ noradini binti
rosli \(^.^)/