Tuesday, 10 July 2012

refleksi Kecerdasan Emosi ( minggu kedua )

(part 2)

              Pada 26 Jun 2012 yang lepas, PPISMP 3A telah mengikuti kelas matapelajaran Kecerdasan Emosi ( KE ) yang yang kedua dipimpin oleh Puan Norihah binti Bachok di kelas B1 KKDRI..

~ASSALAMUALAIKUM~ 

                 Baiklah.. sedang mencari-cari maklumat.. ini sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan dengan pengajaran Kecerdasan Emosi pada hari itu.. menurut sumber, perihal ini sebenarnya telah agak lama dibincangkan sejak dahulu dan dikaji dari pelbagai skop kajian sama ada dari segi fungsi dan kepentingannya walaupun tidak secara langsung membicarakan tentang konsep kecerdasan emosi.. emosi turut dilihat sebagai antara cabang utama dalam domain pendidikan manusia dan ia juga merupakan suatu pasak yang utuh dalam membolehkan setiap saat manusia lebih bermakna dengan adanya kelompok variasi perasaan yang menyulam nafas sedih, gembira, bahagia dan tenang di dalam hati. Emosi berkait rapat dengan insan yang diciptakan oleh Allah SWT.. pelbagai jenis emosi yang wujud dalam diri seseorang insan itu sama ada emosi positif mahupun negatif.. perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia.. perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”.. oleh hal yang demikian, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang..

                Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu.. manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza..

                ~saya ingin mengimbas kembali peristiwa yang berlaku pada interaksi pertama kami itu~

                ..pada permulaan kelas, Puan Norihah merancang untuk membuat sesi perkenalan semula.. Setelah habis beberapa mukadimah daripada beliau mengenai matapelajaran ini, kami pun memperkenalkan diri dan memperkenalkan ‘passion’ kami kepada beliau.. waktu itu, saya mula memikirkan.. “apa perkaitannya soalan tersebut dengan matapelajaran yang sedang kami pelajari ini.??” maka bermulalah sesi tersebut seorang demi seorang kami berdiri sambil memperkenalkan diri.. ada pelbagai ‘passion’ telah didengari.. namun ada juga ‘passion’ rakan-rakan saya telah menjadi bahan usikan rakan-rakan yang lain.. biasalah pelajar PPISMP 3A, memang tidak lekang dari gelak tawa dan gurauan.. seorang demi seorang ditanya, sehinggalah giliran seorang rakan saya bernama Muhd. Quratulikwan.. hari ini baru saya sedari, dia seorang lelaki yang berhati lembut sekali.. saya terpana seketika apabila dia mengatakan ‘passion’nya adalah ketika berada di dalam pelukan ibunya.. emosiku semakin tidak tenteram seperti sesuatu bakal terjadi.. lalu pensyarah bertanya, adakah dia bersedia menghadapi ketiadaan ibunya nanti.?? Saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sebaknya hati saya.. emosi saya terganggu.. saya tersentap apabila pensyarah telus bertanya soalan sedemikian kepadanya..  spontan saya teringat pada ibu dan abah di Sarawak.. terdetik dalam hati saya akan soalan tersebut.. betapa saya menahan air mata sejak tadi, namun akhirnya gugur jua.. saya begitu rindukan mereka.. bagaimana rasa pelukan ibu.? Sungguh.. saya jarang mahu dipeluk ibu dan abah.. aku segan mahu bermanja begitu.. alangkah bahagianya jika saya dipeluk ibu dan abah ketika itu.. air mata gugur sehinggalah saya tenang sendiri.. Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku ya Allah.. berikanlah aku peluang untuk berbakti pada mereka terlebih dahulu.. sungguh aku sayangkan mereka..

                Siapa menduga, itulah pertanyaan terakhir.. pertanyaan terhenti setakat itu.. kini saya sedar, saya telah dewasa.. giliran saya pula mahu membalas jasa kedua ibu bapa saya.. Alhamdulillah saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia dan cukup serba serbi bagi saya sendiri.. walaupun kami bukan keluarga yang berada.. cukuplah sekadar kebahagiaan memenuhi ruang hidup.. saya ingin belajar bersungguh-sungguh demi mereka dan masa depan saya sendiri.. Amin~ setelah beberapa minit, akhirnya emosi saya kembali seperti sediakala..

                Berdasarkan maklumat yang saya dapati tersebut, saya mula memahami sedikit demi sedikit berkaitan dengan kehendak matapelajaran ini.. emosi sememangnya memainkan peranan yang amat penting pada diri seseorang.. bagi saya, seorang guru atau pemimpin harus bijak menangani  dan mengawal emosi yang negatif dalam diri agar semua tugasan berjalan dengan lancar dan orang lain pun senang hendak bekerjasama.. hal ini demikian kerana seorang guru memang akan berdepan dengan pelbagai karenah masyarakat setiap hari.. sekian refleksi saya pada minggu ini..



 \(^.^)/   noradini binti rosli     \(^.^)/



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.