(Part 3)Pada 03 Julai 2012 yang lepas, PPISMP 3A telah mengikuti kelas matapelajaran Kecerdasan Emosi ( KE ) yang ketiga bersam Puan Norihah binti Bachok..~ASSALAMUALAIKUM~Pada minggu ini, kami mempelajari matapelajaran Kecerdaan Emosi mengenai EQ, SQ dan IQ seperti yang telah dipelajari dua minggu lepas.. namun, pada kali ini versinya agak berbeza apabila pensyarah memperkenalkannya dengan cara memikirkan ‘what do you feel.?’ untuk EQ, ‘who am I.?’ untuk SQ dan ‘what do you think.?’ untuk IQ.. hal ini menunjukkan cara kita menggunakan emosi kita melalui organ yang ada pada tubuh kita iaitu otak. ‘what do you feel.?’ menunjukkan perkaitan terhadap emosi kita.. contohnya, perasaan kita wujud melalui emosi kita.. sebagai manusia yang normal, kita merasakan perasaan sedih, gembira, marah dan sebagainya dalam kehidupan seharian kita apabila melihat atau mengalami sesuatu perkara yang diluar jangkaan perasaan kita.. manakala, ‘who am I.?’ pula merujuk pada spiritual.. ini adalah berkaitan dengan diri kita sendiri.. melaluinya, kita boleh mengenali diri sendiri dengan soalan yang pelbagai terhadap diri sendiri.. contohnya, apa yang kita minat.? Apa kelemahan diri kita.? Apa kebolehan diri kita.? Dan sebagainya.. oleh demikian, dengan cara ini, kita boleh mengenali diri sendiri dengan yakinnya.. dan yang terakhir sekali ‘what do you think.?’ yang merujuk pada pemikiran kita.. perjalanan kehidupan seharian kita menuntut kita untuk berfikir sentiasa.. akal yang dikurniakan sebaiknya digunakan untuk tujuan yang elok.. kadang-kala, berfikir sentiasa boleh mematangkan diri kita kerana dari situ kita akan memperoleh pengalaman..Selain itu, pensyarah juga menyuruh kami mencari video yang berkaitan dengan Kecerdasan Emosi.. oleh yang demikian, saya telah memilih sebuah video yang telah menarik perhatian saya yang bertajuk ‘(Part 3) Iklan Yang Paling Sedih Untuk Ditonton (Sentuhan Terakhir)’.. kisah ini berkisar mengenai kasih sayang suami isteri dan anaknya.. istilah pendeknya keluarga.. setelah menonton video ini, saya berasa amat sedih dan terharu terhadap pengorbanan seorang ibu dan isteri yang sanggup mengorbankan nyawanya melahirkan bayi lebih awal demi suaminya yang tercinta.. kisah ini memaparkan bagaimana ibu bapa kita menyayangi kita sejak kita dilahirkan lagi.. mungkin dewasa ini, mereka tidak menunjukkannya dan kita pun tidak dapat merasakannya, namun, jauh di lubuk hati seorang ibu dan bapa mereka amat menyayangi anak-anak mereka.. semoga kisah ini menyedarkan kita akan kasih-sayang ibu bapa terhadap kita dan kita sebagai seorang anak.. mudah-mudahan ini boleh dijadikan iktibar untuk kita agar menjadi anak yang berguna pada ibu bapa kita.. sekian, refleksi saya pada kali ini.. selamat menonton~\(^.^)/ noradini binti rosli \(^.^)/
Tuesday, 10 July 2012
refleksi Kecerdasan Emosi ( minggu ketiga )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.